Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Malaysia catat kadar pemulihan tertinggi di dunia

  • Published in Nasional


MUAR, 8 Ogos- 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab
masing-masing, dalam usaha memerangi COVID-19.

Ucapan tersebut turut dizahirkan kepada pihak swasta, badan berkanun dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bekerjasama dengan kerajaan, bagi memastikan tiada yang ketinggalan semasa menangani wabak itu.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas pengorbanan masing-masing untuk memerangi COVID-19."

Jelas Perdana Menteri, inisiatif Kita Jaga Kita menunjukkan keprihatinan dan semangat rakyat Malaysia dari akar umbi untuk melawan COVID-19.

Hasil pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan juga, Malaysia berjaya mengurangkan jumlah jangkitan baharu dan pesakit aktif di hospital, dengan jumlah pesakit yang telah pulih dan discaj mencatat sebanyak 96.4 peratus, iaitu kadar pemulihan tertinggi di dunia.

Beliau berucap demikian semasa melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh.