Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Amalan norma baharu tanggungjawab masyarakat

  • Published in Nasional


MUAR, 8 Ogos- 
Usaha membudayakan norma baharu merupakan tugas dan tanggungjawab setiap masyarakat.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bekerjasama dengan kerajaan, khususnya petugas kesihatan dan penguatkuasa undang-undang, untuk memutuskan rantaian wabak.

Malah masyarakat perlu menganggap diri mereka sebagai petugas barisan hadapan, dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sentiasa berwaspada bagi mengelak wujudnya kluster baharu.

Kementerian Kesihatan turut menekankan pelaksanaan 'CAPP', iaitu Cegah, Amal, Patuh dan Pantau kepada masyarakat untuk memperkasakan Program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP) COVID-19.

"Selain itu, aplikasi MySejahtera yang ringkas dan padar telah menjadi platform untuk kita menangani wabak COVID-19."

"Setakat ini, seramai 6.5 juta pengguna telah memuat turun aplikasi dan aplikasi ini berkesan dalam menjejaki kontak rapat pesakit COVID-19."

Beliau berucap demikian semasa melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh.

Rakyat turut diingatkan untuk mengamalkan '3W' iaitu Wash, Wear dan Warn, selain yakin bahawa pihak berkuasa akan membuat peringatan dari semasa ke semasa, sama ada melalui pengumuman di media, bahan bercetak atau media sosial.

Pemimpin masyarakat, ketua agama, pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli jawatankuasa kariah surau atau masjid diseru memainkan peranan mengingatkan kejiranan untuk patuh SOP.