Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Kedudukan tenaga buruh alami pemulihan pada Jun

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Kedudukan tenaga buruh Malaysia mengalami pemulihan sedikit pada Jun lalu, berikutan pembukaan semula banyak sektor perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan berkata, ini meliputi pembukaan semula sektor pendidikan, sosial dan keagamaan.

Kadar pengangguran pada bulan lalu menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 4.9 peratus, berbanding kadar tertinggi 5.3 peratus pada bulan Mei lalu.

Bilangan penduduk bekerja juga tumbuh sederhana 0.7 peratus bulan ke bulan, berbanding -0.3 peratus pada Mei 2020 kepada 14.99 juta orang.

Bilangan penduduk yang bekerja dalam aktiviti e-dagang, perkhidmatan, penghantaran dan aktiviti berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi, menunjukkan trend peningkatan.

Datuk Sri Uzir turut optimis, pakej rangsangan jangka pendek kerajaan akan membantu memulihkan kedudukan tenaga buruh pada Julai tahun ini.