Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

32 direman, 108 dikompaun ingkar PKPP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 7 Ogos - Seramai 140 individu didapati ingkar arahan PKPP, 32 individu daripadanya direman manakala 108 individu lagi dikompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Menerusi kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, 62,530 pemeriksaan dilakukan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Sementara itu, operasi Benteng juga turut diperketat melibatkan PDRM, ATM, APMM dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Sebanyak 63 sekatan jalan raya dilakukan manakala 20,178 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dua warganegara asing ditahan kerana kesalahan imigresen.

Sementara itu, seramai 7,175 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam.

Kesemua mereka ditempatkan di 30 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah.

Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, mereka pulang dari 30 negara jiran, antaranya dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar dan Pakistan.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 20 individu dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif COVID-19.