Saturday, 26 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 7 Ogos - Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor juga diarah tutup serta-merta, berikutan Ahli Jemaahnya didapati mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 berkaitan kluster Sivagangga.

Notis penutupan sementara surau itu dikeluarkan dalam satu kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad, langkah pencegahan awal itu meliputi solat Jumaat, solat fardu berjemaah dan aktiviti pengimarahan surau.

Turut diarah tutup, kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di surau berkenaan.

JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta-merta.