Tuesday, 22 September 2020

updated 11:06 AM UTC, Sep 22, 2020

Perlis pertimbang laksana PKPD secara pentadbiran

  • Published in Nasional

KANGAR, 7 Ogos - Kanak-kanak berusia 3 tahun antara 10 individu yang disahkan positif COVID-19 di Perlis.

Kesemua kes baharu tersebut melibatkan ahli keluarga terdekat yang berpunca dari Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di kawasan berkenaan.

Susulan itu, Perlis mempertimbang cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan terlibat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, sehingga kini seramai 872 penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Sanglang, Kangar, dilaporkan akan menjalani ujian saringan COVID-19.

Selain dua kampung berkenaan, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada kawasan kejiranan Sanglang iaitu Guar Sanji dan Simpang Empat.

Jelas beliau, setakat ini belum ada arahan penutupan dua buah sekolah berdekatan kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.