Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

291 sekolah dinaik taraf dengan peruntukan RM1.38 bilion

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Lebih RM1.38 billion diperuntukkan bagi menaiktaraf dan membangunkan semula 291 sekolah daif di Sarawak sejak 2016 sehingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya memaklumkan, projek ini dilaksana mengikut mekanisme khusus yang telah dipersetujui Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri Sarawak.

Beliau menjawab pertanyaan Wakil Igan, Ahmad Johnie Zawawi di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, sebanyak 93 projek daripada Fasa 1 dan 2 dengan kos RM700 juta telah diluluskan melalui peruntukan pembangunan di bawah 'rolling plan' 2019 dan 2020.

Bagi Fasa 1, sebanyak 21 projek berada di fasa pembinaan dan 20 projek lagi berada di fasa prabina, manakala sepuluh projek sedang dalam proses memuktamadkan lantikan di Lembaga Perolehan dan baki enam projek dijangka ditender pada hujung September tahun ini.

Bagi Fasa 2 pula, semua projek masih berada dalam fasa pra bina.