Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

PKPP: 121 individu ingkar ditahan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Seramai 121 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 32 individu direman manakala dua lagi dijamin dan 87 lagi dikenakan kompaun.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk premis mereka beroperasi lebih masa, membuat aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial, melakukan sebarang aktiviti yang melanggar SOP dan, melanggar SOP kuarantin
di rumah serta aktiviti judi dalam talian.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP kuarantin di rumah.

Ia hasil lebih 2,000 pemeriksaan mengejut.