Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

15 kes baharu COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Sebanyak 15 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif sehingga kini berjumlah 9,038 kes dengan 200 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 11 kes pulih direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,713 kes, dan tiada pertambahan kes kematian.

Sehingga kini, dua kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Satu kes memerlukan bantuan pernafasan.