Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

PRK Slim: SPR guna SOP PRK Chini dengan beberapa penambahbaikan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim akan menggunapakai Garis Panduan Pencegahan COVID-19 yang ditambahbaik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk kebenaran membuka Bilik Gerakan Parti dan Gerakan Kecil sepanjang tempoh pilihan raya dengan SOP ketat.

Bagaimanapun, kesemua bilik gerakan terlibat perlu didaftarkan dengan SPR untuk memudahkan proses pemantauan.

Pemilih berdaftar digalakkan untuk mengikuti waktu cadangan keluar mengundi yang disediakan SPR bagi mengelak kesesakan di pusat pengundian.

Wakil parti politik dan calon bebas yang bakal bertanding pada PRK Slim akan diberi taklimat terperinci mengenai Garis Panduan berkenaan.

SPR menetapkan 15 Ogos ini sebagai Hari Penamaan Calon manakala hari pengundian awal pada 25 Ogos dan hari pengundian, 29 Ogos.