Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

21 kes baharu COVID-19, 15 daripada kes import

  • Published in Nasional

KEDAH, 5 Ogos - Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, 18 kes pulih COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 8,702 kes.

Bagaimanapun, 21 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 9,023 kes.

15 kes positif ialah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala baki enam kes merupakan penularan dalam negara, masing-masing TIGA kes di Kedah, DUA kes di Sabah dan SATU kes di Johor.

Kesemuanya melibatkan warga tempatan.

Dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kekal 125 kes.