Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Rakyat patuh SOP, wajib pakai pelitup separuh muka

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Mulai hari ini, muka anda bernilai RM1,000.

Anda boleh pilih pakai pelitup separuh muka yang mudah sahaja untuk dilakukan atau didenda RM1,000.

Tinjauan kami di ibu negara dan beberapa buah negeri, mendapati rakyat Malaysia patuh arahan; ini sikap yang patut dipuji.

Tinjauan dilakukan sekitar Brickfields, Kotaraya, Bukit Bintang dan Jalan Petaling dipenuhi orang ramai termasuk warga asing.

Orang ramai dilihat memakai pelitup separuh muka sama ketika ditempat awam dan juga ketika menggunakan pengangkutan awam.

Teruskan patuh kepada SOP warga Malaysia dan putuskan rantaian Covid 19.