Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

80% mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di Gua Musang

  • Published in Nasional

GUA MUSANG, 1 Ogos - Di KELANTAN, Orang awam di kawasan luar bandar menyambut baik saranan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan tumpuan umum bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tinjauan RTM di Gua Musang mendapati 80% arahan itu dipatuhi orang ramai.

Mereka turut bersetuju denda RM1,000 dikenakan kepada yang ingkar.