Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

PRN Sabah dijangka libatkan kos berganda daripada kebiasaan

  • Published in Nasional

KELANTAN, 1 Ogos - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan dijangka akan melibatkan kos berganda daripada kebiasaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu tidak dapat dielak, berikutan pelaksanaan beberapa langkah keselamatan yang terpaksa diambil SPR.

Langkah tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap SOP pencegahan penularan pandemik COVID -19 di patuhi.

Bagaimanapun, jumlah sebenar peruntukan hanya akan dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Datuk Takiyuddin berkata, SPR akan menjadikan PRK DUN Chini di Pahang bulan lepas sebagai rujukan.

Bagaimanapun bezanya, Sabah melibatkan lebih banyak kawasan.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan kaedah pelaksanaan pilihan raya di Sabah mengikut SOP.