Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Pastikan rakyat patuh SOP, penguatkuasaan dipergiat

  • Published in Nasional


KANDANG, 1 Ogos- 
Arahan pemakaian topeng pelitup separuh muka yang berkuatkuasa hari ini perlu dipatuhi sepenuhnya.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka, Rahmad Mariman berkata, penguatkuasaan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat negeri itu kekal patuh terhadap Prosedur Operasi Standard berkenaan.

Pihaknya tidak akan mengambil ringan dan tindakan akan diambil jika mendapati ada yang ingkar.

"Pemeriksaan dan pematuhan SOP ini memang sentiasa dibuat walau di mana pun kita berada, penguatkuasa akan datang buat pemeriksaan."

Beliau melawat program korban berkelompok di Kampung Kandang, Melaka.

Mengulas mengenai bayaran ansuran untuk melaksana ibadah korban yang dilaksanakan Masjid As Salimin, Kampung Kandang itu, Rahmad berkata, ia memberi peluang kepada mereka yang
ingin melaksanakan ibadah itu namun kurang mampu.

Pengerusi masjid, Abu Bakar Seman berkata, budaya yang telah dilakukan sejak 20 tahun lalu diterima baik masayarakat sekitar.

"Bayaran itu dibuat pada setiap bulan, ada juga yang bayar setiap dua atau tiga bulan kemudian tangguh sebulan, sehinggalah bayaran itu cukup."