Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Seorang lelaki diburu polis curi cincin

  • Published in Nasional

KOTA TINGGI, 31 Julai - Seorang lelaki diburu polis setelah melarikan sebentuk cincin berharga RM1,600 dari sebuah kedai emas di Kota Tinggi, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata suspek berurusan dengan salah seorang jurujual.

Ketika berurusan, jurujual tersebut memberikan cincin itu kepada suspek untuk cuba memakainya.

Namun suspek bertindak melarikan diri bersama-sama cincin berkenaan.

Salah seorang pekerja yang menyedari kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal.

Wajah suspek dirakam menerusi kamera litar tertutup.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.