Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

Ibadah korban digalak dilakukan pada Hari Tasyrik

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Ibadah korban digalak dilaksanakan bermula Hari Tasyrik pertama hingga ketiga memandangkan Hari Aidiladha disambut pada Jumaat ini .

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabari Yaakob berkata, jumlah haiwan korban pula tidak melebihi 10 ekor bagi satu-satu lokasi.

SOP ibadah korban untuk Wilayah Persekutuan boleh digunapakai oleh Majlis Agama Negeri-negeri sebagai rujukan.

Ibadah korban perlu dilakukan di masjid dan surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Hanya 20 orang dibenar mengendalikan urusan penyembelihan satu ekor haiwan.

Makanan yang disediakan hanya secara berbungkus.

Manakala bagi jamuan di rumah pula, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Individu yang sedang menjalani proses kuarantin dilarang sama sekali keluar, menunaikan solat sunat Aidiladha atau pulang ke kampung halaman.

Pemantauan terhadap pematuhan akan terus dilakukan.