Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

8,900 Polis, PVR Perak Siap Siaga Hadapi PRU14

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Daripada jumlah itu, 500 daripadanya adalah anggota pasukan sukarelawan polis (PVR) yang akan membantu polis Perak memastikan ketenteraman dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya berjalan lancar.

Setakat ini pihaknya sudah bersiap sedia pada tahap 95 peratus, termasuk menjalani latihan dalam lima fasa persediaan bagi menghadapi PRU14 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak.

 

Sumber : BERNAMA