Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

Wanita Didakwa Beri Sokongan Kepada Kumpulan Pengganas

KUALA LUMPUR - Seorang jurutera sokongan teknikal di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Deash menggunakan aplikasi media sosial.

Irma Julyanti Buang didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dengan cara menggunakan aplikasi Google+ di Johor Bahru, Johor pada Januari 2016 hingga 20 April 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

 

Sumber : BERNAMA