Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

Karnival Jualan Mega 2017 Kembali Di Perak

KUALA LUMPUR - Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 akan berlangsung pada 22 hingga 26 November ini di Bulatan Amanjaya, Ipoh di Perak.

Menurut Sekretariat KJM 2017, karnival itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengguna berbelanja pada harga berpatutan, merancakkan lagi kegiatan ekonomi dan perniagaan domestik serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali peranan KPDNKK dan agensi seliaannya.

KJM yang juga 'signature event' KPDNK telah dilaksanakan buat pertama kalinya di Johor Bahru pada tahun lepas dan mencatat jumlah jualan hampir RM11 juta.

Pemilihan Perak sebagai lokasi pada kali ini adalah bersempena sambutan Tahun Melawat Perak serta memandangkan kedudukannya yang strategik membolehkan pempamer utama di sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang untuk turut serta.

 

Sumber : BERNAMA