Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

Parlimen: Kurikulum Tentukan Hala Tuju Pelajar Tahfiz Dirangka

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka empat model kurikulum melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang bertujuan menjamin masa depan dan hala tuju pelajar tahfiz.

Empat model kurikulum dirangka melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Ia bertujuan menjamin masa depan dan hala tuju pelajar tahfiz. Demikian dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Empat model itu merangkumi Tahfiz Turath iaitu pengajian tahfiz al-Quran bersama kitab Turath; Tahfiz Sains (pengajian tahfiz al-Quran bersama mata pelajaran Sains); Tahfiz Dini (pengajian tahfiz al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam) dan Tahfiz Kemahiran (pengajian tahfiz al-Quran bersama modul kemahiran).

 

Sumber : BERNAMA