Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

Banjir Kilat Susulan Hujan Sejak 2 Pagi Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU - Hujan lebat sejak 2 pagi tadi memaksa 23 penduduk terjejas daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Batu Pahat ekoran rumah didiami dinaiki air.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd Faezie Abdul Aziz berkata, pemantauan dilakukan terhadap paras air di kawasan terlibat dan juga sekitar berikutan hujan masih berterusan.

Kesemua mangsa kini berada di Dewan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lorong Telekom, Batu Pahat.

Pemantauan terhadap paras air akan diteruskan oleh APM di kawasan terlibat dan juga sekitar memandangkan hujan masih lagi turun.

 

Sumber : BERNAMA