Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

PAC Bentang Laporan Mengenai Kolej Tentera Udara , Projek Air Sabah

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mendapatkan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 15 Mac lepas berhubung beberapa kelemahan dalam pengurusan pembinaan Kolej Tentera Udara Kepala Batas, Kedah.

Pengerusinya Datuk Seri Hasan Ariffin dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen hari ini berkata mesyuarat prosiding itu adalah susulan penemuan Jabatan Audit Negara dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen, 6 April 2015.

Dalam pada itu, PAC turut membentangkan laporan mengenai Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Menurut Datuk Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong telah dipanggil pada 7 September 2016.

Anggota PAC membangkitkan persoalan mengenai sistem retikulasi Projek BALB Pulau Gaya, selain mengadakan lawatan kerja ke Pulau berkenaan, 15 Januari lepas untuk melihat sendiri projek tersebut.

 

Sumber : BERNAMA