Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

NADMA Tunggu Senarai Nama Mangsa Banjir Pulau Pinang

KUALA LUMPUR - Bantuan wang ihsan kepada penduduk yang terjejas banjir di Pulau Pinang , akan diagihkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) , selepas menerima senarai nama mereka daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata selain bantuan wang ihsan, bantuan lain seperti kit makanan permulaan, kit kebersihan, tilam, bantal , telah diagihkan kepada penduduk.

Seramai 3,477 anggota agensi beruniform dan bukan beruniform turut menghulurkan pelbagai bentuk bantuan seperti perubatan, sokongan teknikal, kawalan keselamatan untuk memastikan kebajikan mangsa banjir berada pada tahap tinggi dan terjaga.

Bantuan turut disalurkan daripada badan bukan kerajaan dalam dan luar Pulau Pinang, selain sektor korporat dan orang perseorangan.

 

Sumber : BERNAMA