Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Influenza A : Pengurusan sekolah, pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak dinasihat buat saringan kesihatan

  • Published in Nasional

LUBOK ANTU - Pengurusan sekolah, pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak sekali lagi diingatkan supaya mengambil langkah kawalan penularan Influenza A termasuk membuat saringan kesihatan.

Mana-mana kanak-kanak yang mempunyai simptom jangkitan perlu dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye turut menasihati mereka yang mempunyai tanda-tanda jangkitan virus itu supaya tidak ke tempat-tempat awam selain digalak memakai penutup hidung dan mulut.

Dr. Lee berkata demikian semasa lawatannya ke Lubok Antu di Bahagian Sri Aman, Sarawak.