Sunday, January 19, 2020
updated 3:13 AM UTC, Jan 19, 2020

e-Tunai Rakyat boleh dipohon bermula esok

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan dibawah RM100,000 layak memohon program e-Tunai Rakyat mulai esok.

Menerusinya, RM30 secara 'one-off ' akan dikredit ke akaun penerima.

Sebanyak RM450 juta diperuntukkan kerajaan bagi program E-Tunai Rakyat.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, inisiatif berkenaan adalah bagi menggalakkan penggunaan bayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutama sektor peruncitan di Malaysia.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan kerajaan bersama tiga pengendali e-dompet terbesar yang dipilih Khazanah Nasional Berhad di Malaysia iaitu Boost, Touch N Go dan GrabPay.

Pemohon boleh memilih salah satu daripada 3 pengendali terlibat bagi penerimaan e-tunai berkenaan.

Pendaftaran pada aplikasi e-dompet terpilih berkenaan akan mula dibuka pada 8 pagi esok hingga 9 Mac depan.