Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Bukit Angkat, Kajang jadi pusat pengumpulan dan pengagihan sumbangan program Food Bank

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Bukit Angkat, Kajang bakal dijadikan pusat pengumpulan dan pengagihan sumbangan bagi Program Food Bank Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pusat berkenaan dijangka mula beroperasi bulan depan.

Pusat itu, katanya, penting kerana aset-aset seperti trak yang semakin bertambah di samping memudahkan proses pengagihan.

Datuk Seri Saifuddin ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yayasan Food Bank Malaysia Berhad dan Nestle Malaysia Berhad .

MOU selama dua tahun itu bermatlamat membekalkan produk makanan Nestle kepada lebih 50 ribu keluarga golongan B40 dan miskin tegar di seluruh Malaysia.

Yayasan Food Bank Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya , Ab Wahab Long manakala Nestle Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols.

Hadir sama, Pengerusi Nestle Malaysia Berhad, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.