Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Sistem pendidikan negara akan dikaji semula untuk penambahbaikan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan negara bakal dikaji semula bagi penambahbaikan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, beliau mempunyai beberapa idea bagi memperbaiki sistem tersebut selepas mengambil pandangan pelbagai pihak.

Tun Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan turut menjelaskan beliau ketika ini dalam proses mendapatkan maklumat lengkap berkaitan kementerian untuk menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Integriti Nasional Bank Rakyat 2020 di Kuala Lumpur.

Malah beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti penambahbaikan yang bakal dilakukan kelak, agar matlamat pendidikan itu benar-benar mencapai sasaran.

Tun Dr Mahathir memangku jawatan tersebut bermula 3 Januari lepas bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan.

Sementara itu, mengulas mengenai saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) agar kerajaan mempertimbang untuk memasukkan Influenza A dalam senarai penyakit berjangkit dan diberikan cuti kuarantin, beliau menyatakan akan meneliti cadangan tersebut.