Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Bekas ahli UMNO yang kini ahli BERSATU, dipertimbang bertanding pemilihan parti BERSATU

  • Published in Nasional

SERENDAH - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mempertimbang untuk memberi kebenaran khas kepada bekas ahli Umno yang menyertai parti itu, untuk bertanding pada pemilihan parti akan datang.

Beliau bagaimanapun berkata, kebenaran itu hanya diberikan kepada mereka yang tidak terlibat dengan sebarang perbuatan jenayah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Rel Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah, Selangor.

Pada 8 Januari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata, semua jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU 2019-2022 akan dipertandingkan semasa pemilihan tertinggi parti itu yang akan diadakan pada 4 April ini.