Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Serbuan kondominium, parti BERSATU tunggu maklumat penuh sebelum tindakan diambil

  • Published in Nasional

SELANGOR - Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan akan diambil terhadap mana-mana ahli parti itu yang terbukti bersalah melakukan jenayah.

Mengulas penahanan beberapa individu dalam serbuan di Puchong, awal pagi tadi Perdana Menteri berkata beliau tidak mempunyai butiran jelas mengenainya dan perlu menunggu maklumat penuh sebelum memutuskan bentuk tindakan yang bakal diambil.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Rel Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah, Selangor.

Tun Dr Mahathir turut melawat tapak dengan menaiki Wagon bersama pengurusan tertinggi DMIA untuk menyaksikan pameran jentera-jentera berat industri rel milik syarikat.