Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Polis sahkan sudah terima 9 rakaman audio yang didedahkan SPRM

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya sudah menerima sembilan rakaman audio konspirasi jenayah peringkat tertinggi yang didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Latheefa Koya, minggu lalu.

Jelasnya, siasatan akan dijalankan meliputi semua aspek bagi mengenal pasti keasliannya.

Siasatan membabitkan Seksyen 203 (a) di bawah Kanun Keseksaan kerana penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya didedahkan.

Selain itu, Seksyen 218 Kanun Keseksaan kerana penjawat awam membentuk satu tulisan tidak betul untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.

Tan Sri Abdul Hamid turut mengesahkan Latheefa akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.