Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Keputusan menaikkan umur perkahwinan, inisiatif kerajaan selesaikan masalah sosial

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan menaikkan umur perkahwinan dari 16 tahun ke 18 tahun bukan untuk merumitkan keadaan.

Ia sebaliknya bagi menyelesaikan masalah sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, majoriti ibu bapa mengambil langkah mudah untuk mengahwinkan anak seawal 16 tahun disebabkan masalah seperti kemiskinan, keciciran sekolah dan mengandung di luar nikah.

Beliau menyatakannya selepas Program Lawatan Kerja dan Penyampaian Sumbangan di ibu negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu, kementerian itu mencari penyelesaian dan pelan strategik bagi menangani permasalahan tersebut.

Tambahnya, rundingan perlu dilakukan secara holistik memandangkan agama Islam adalah dibawah naungan Sultan dan Raja di kebanyakan negeri serta mempunyai enakmen undang-undang masing-masing.

Setakat ini, Selangor telah meluluskan pindaan menaikkan had umur minimum perkahwinan orang Islam daripada 16 kepada 18 tahun.