Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Penubuhan JAKIM ikut perlembagaan, kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyangkal dakwaan kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan, G-25 KONONNYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM ditubuhkan tidak mengikut perlembagaan.

Beliau kesal kumpulan terbabit masih membangkitkan isu itu kerana kedua-dua pihak sudah pun bertemu November lalu bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Beliau ditemui pada Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah Menteri di JPM Bahagian Hal Ehwal Agama di Putrajaya.

Menurut Datuk Seri Dr Mujahid, JAKIM mempunyai platform untuk berurusan dengan kerajaan negeri berhubung hal ehwal agama Islam.

Sebarang pandangan JAKIM tidak akan membelakangkan kuasa kerajaan negeri dan Sultan.