Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kementerian Kesihatan luluskan sejuta tablet vaksin Influenza A kepada klinik swasta

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Sejuta tablet vaksin Influenza A dilulus Kementerian Kesihatan sebagai bekalan alternatif kepada klinik swasta.

Bekalan terbabit dijangka menyelesaikan masalah kekurangan bekalan vaksin dihadapi klinik terbabit yang berdepan permintaan mendadak masyarakat.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bekalan alternatif itu boleh dimanfaatkan 100 ribu pesakit.

Klinik swasta yang memohon bekalan itu akan mendapat kelulusan hari sama.

Beliau menegaskan, klinik kerajaan tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan.

Sehingga Disember tahun lalu, KKM telah mengimport 90 ribu dos ubat untuk kegunaan fasiliti swasta.

Manakala lebih 16 ribu dos lagi akan dibawa masuk 20 Januari ini.

Datuk Seri Dr Dzulkefly ditemui pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2020, di Putrajaya.