Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kento Momota dibenarkan keluar wad, tiada kecederaan serius

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Kesemua mangsa termasuk pemain badminton no 1 dunia Kento Momota yang kini dirawat di Hospital Putrajaya susulan kemalangan pagi tadi dijangka dibenarkan keluar dari wad dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia berikutan hasil imbasan CT, dan beberapa pemeriksaan lain mendapati tiada kecedaraan serius dialami mangsa.

Beliau memaklumkannya selepas melawat mangsa di Hospital Putrajaya.