Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

1 juta bekalan Tamiflu diluluskan bagi atasi masalah kekurangan bekalan ubat di fasiliti kesihatan swasta

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Tambahan satu juta bekalan ubat Influenza, Tamiflu, untuk kegunaan 100 ribu pesakit daripada pembekal alternatif sudah diluluskan kerajaan.

Langkah itu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ubat yang dihadapi di fasiliti kesihatan swasta.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan KKM, Dr Ramli Zainal berkata, kelulusan khas kepada pembekal alternatif itu diberikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pembekal alternatif itu merupakan tambahan daripada lima syarikat pembekal berdaftar sedia ada.

Beliau memaklumkannya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Putrajaya.

Pada masa sama, Datuk Seri Dr Dzulkefly menyifatkan masalah kekurangan stok Tamiflu di fasiliti swasta adalah sementara, ekoran permintaan yang mendadak.

Beliau memberi jaminan masalah telah diselesaikan.