Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

9 pengundi awal akan mengundi esok di Kimanis

  • Published in Nasional

KIMANIS - 9 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis, esok.

Kesemua mereka terdiri daripada anggota polis, akan mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun, menerusi satu kenyataan memaklumkan, Pusat Pengundian Awal akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Proses pengundian awal akan disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR.

SPR juga akan menyiarkan proses pengundian itu secara "live streaming" menerusi Facebook SPR.

Jelas Datuk Azhar, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Beaufort dan pengiraannya dibuat pada Hari Pengundian Sabtu ini, di pusat pengiraan undi berkelompok iaitu di Pejabat Daerah Beaufort.

SPR berharap pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.