Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Datuk Seri Azalina Othman Said wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bagi Datuk Seri Azalina pelantikan itu membuktikan kerajaan tidak menafikan isu jantina dan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan individu berkenaan.

Beliau memohon ahli dewan supaya maju ke hadapan dan menekankan mengenai isu kemasyarakatan.

Beliau menggantikan Nga Kor Ming yang terlebih dahulu melepaskan jawatan berkenaan.