Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Datuk Azhar Azizan Harun nafi didesak isi jawatan Speaker Dewan Rakyat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau didesak untuk mengisi jawatan tersebut.

Keputusan untuk menggalas tanggungjawab itu katanya dipersetujui beliau sendiri, setelah mendapat pelawaan daripada kerajaan bulan lalu.

Notis makluman mengenai usul kerajaan untuk mencadangkan Speaker Dewan Rakyat yang baharu telah dikeluarkan 14 hari sebelum Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga bermula.

Menurut beliau, pembangkang bukan tidak diberi peluang untuk mencalonkan nama, tetapi mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh berkenaan.

Datuk Azhar Azizan Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun merupakan bekas Pengerusi SPR yang dilantik pada September 2018.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang undang dan seorang peguam.

Dilahirkan pada 26 Oktober 1962, anak jati Kedah ini berkelulusan undang undang dari Universiti Malaya dan Kings College, University of London.

Beliau memulakan kerjaya guaman pada 1987 di Allen & Gledhill dan seterusnya berkhidmat di beberapa firma guaman terkemuka tanah air dengan kepakaran undang undang pilihanraya dan mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun dalam bidang perundangan.

Datuk Azhar turut memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa undang undang perlembagaan Majlis Peguam dari 2009 hingga 2015.

Beliau juga merupakan seorang penulis prolifik berkaitan isu undang-undang.

Datuk Azhar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR pada 29 Julai lalu.