Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Datuk Azhar Azizan Harun Speaker baharu Dewan Rakyat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun sah menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Tiada proses undian dijalankan kerana hanya mempunyai seorang calon bagi mengisi kerusi berkenaan.

Bagaimanapun ketika sesi permasyhuran, ahli pembangkang terus menimbulkan kekecohan kerana tidak berpuas hati perlantikan beliau sehinggalah ke sesi angkat sumpah.

Tindakan pembangkang turut menggangu beliau untuk berucap kali pertama sebagai Speaker.

Terdahulu Dewan Rakyat telah meluluskan usul pengosongan kerusi Speaker yang sebelum ini dipegang Tan Sri Mohamad Ariff dengan undi belah bahagi.

111 bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju.

Seorang lagi ahli parlimen tidak hadir.

Bagi jawatan Timbalan Speaker pula ia menyaksikan wakil Pengerang, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said menggantikan Nga Kor Ming.

Tiada usul pengosongan kerana Kor Ming terlebih dahulu melepaskan jawatan berkenaan.