Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

KAFA beroperasi semula 2 dan 3 Ogos mengikut negeri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 12 Julai - Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan beroperasi semula pada 2 Ogos ini bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi negeri-negeri lain dan Wilayah Persekutuan pada 3 Ogos.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam kenyataannya memaklumkan, pihak pentadbir premis KAFA perlu melakukan persediaan rapi dengan mematuhi Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Juga Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula KAFA yang disediakan JAKIM.

Secara keseluruhannya, terdapat 5,619 premis KAFA berdaftar di seluruh negara.