Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Agong zahir ucapan tahniah pelantikan Dr Masliza Mahmod sebagai Profesor Madya di Universiti Oxford

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod yang melakar sejarah sebagai wanita Malaysia pertama dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi pusat Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa bangga atas pencapaian ini.

Dr Masliza, 47 tahun, kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung Britain.

Beliau memiliki ljazah Sarjana Perubatan Dalaman dari Malaysia dan ijazah perubatan awal dari Universiti Otago, New Zealand.

Penyelidikan Dr Masliza antara lain memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR) dan teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung.