Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

E-WAGES: sistem penggajian pekerja asing elak majikan culas

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 10 Julai - Jangan jadikan Malaysia sebagai tempat pelupusan pekerja asing yang dianiaya majikan.

Itu yang ditegaskan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berikutan terdapat banyak kes majikan dikesan tidak memberi gaji dan upah kepada pekerja asing.

Dalam masa sama, Kementerian Sumber Manusia, KSM dengan Kementerian Dalam Negeri sedang merangka dan mewujudkan sistem penggajian pekerja asing melalui e-wages dalam memastikan mereka dibayar gaji dan upah yang dijanjikan majikan.

Jelasnya, Sistem mengikut standard antarabangsa berkenaan berupaya memberi maklumat sekiranya majikan gagal membayar gaji pekerja.

KSM turut mencadangkan semua pekerja asing mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO.

Ditanya mengenai Akta 466, Datuk Seri M Saravanan berkata, akta itu akan dilaksana dan dikuatkuasa bermula 1 September ini.

Mengikut akta berkenaan, mana mana majikan yang gagal membekalkan perumahan penginapan dan kebajikan pekerja akan dikenakan kompaun RM50,000.