Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Malaysia saran Amerika Syarikat nilai semula penamatan pengecualian visa sementara pelajar asing

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Julai - Kerajaan mengambil maklum pengumuman yang dikeluarkan Imigresen Amerika Syarikat dan Penguatkuasaan Kastam berhubung penamatan pengecualian visa sementara bagi pelajar asing yang mengikuti kelas secara dalam talian, bermula September hingga Disember ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi kenyataan media memaklumkan, pihaknya prihatin terhadap nasib kira-kira 6,000 pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di pelbagai institusi di negara berkenaan.

Justeru, Kedutaan Malaysia telah mengeluarkan notis nasihat pada 7 Julai lalu yang meminta pelajar Malaysia terlibat untuk merujuk universiti masing-masing.

Ia bagi memastikan status semester mereka, sekali gus menentukan lesen imigresen di negara terbabit.

Tambah Datuk Seri Hishamuddin, kerajaan turut menyarankan Amerika Syarikat selaku negara ketiga sebagai destinasi pendidikan untuk menilai semula penamatan pengecualian itu.

Beliau turut mencari jalan penyelesaian sewajarnya untuk pelajar Malaysia kekal melanjutkan pelajaran di sana.