Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

Penyambungan jalur lebar 4G di Sarawak akan dipertingkat sehingga 90%

  • Published in Nasional

KUCHING, 10 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan penyambungan jalur lebar 4G di Sarawak sehingga sekurang-kurangnya 90% berbanding 71% ketika ini.

Bagi tujuan itu, jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, MCMC akan menjalinkan kerjasama erat dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Perkara ini dijelaskan Menteri, selepas mengadakan lawatan dan merasmikan Pejabat MCMC cawangan Sarawak di Kuching.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Suriani Ahmad dan Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Pengarah SKMM Sarawak, Adiman Ajem.