Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Dato' Saifuddin pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras KKMM Sarawak

  • Published in Nasional
Foto - FB KP Penyiaran, Nor Yahati Awang

KUCHING, 10 Julai - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Saifuddin Abdullah, memulakan lawatan kerja rasmi beliau hari ini dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan KKMM Negeri Sarawak yang diadakan di Jabatan Penerangan Negeri Sarawak, pagi tadi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh beliau itu turut dihadiri pegawai-pegawai jabatan dan agensi di bawah KKMM.

Seterusnya, Dato' Saifuddin berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sarawak di MCMC Blok D, iCom Square Jalan Pending, Kuching.

Beliau juga menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat bersama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak dengan Lembaga Multimedia Sarawak.

Beliau juga melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, merangkap Menteri Belia & Sukan Sarawak di Bangunan Baitulmakmur Medan Raya, Petra Jaya.