Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

NGO gesa Al Jazeera beri kerjasama pada polis

  • Published in Nasional

KUALA NERUS, 10 Julai - Stesen penyiaran Al Jazeera digesa untuk memberi kerjasama yang baik kepada anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dikeluarkan portal berkenaan bertajuk ‘Locked up in Malaysia’s lockdown’.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Datuk Mustapha Dr Ahmad Merican berkata, kerjasama yang diberikan itu sekaligus dapat memperbetulkan kekeliruan yang mungkin tidak difahami oleh negara negara luar.

Laporan yang dikeluarkan itu boleh memburukkan imej Malaysia terutama melibatkan imej keselamatan dan ekonomi negara.

Agensi berkenaan seharusnya mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak untuk mendapatkan gambaran sebenar.