Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Lebih 400 pelajar UMT bakal memulakan pengajian Ogos ini

  • Published in Nasional

KUALA NERUS, 10 Julai - Seramai 128 pelajar Diploma dan 301 Penuntut Asasi STEM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memulakan pengajian minggu pertama Ogos ini.

Manakala penuntut lain akan kembali ke kampus secara berperingkat bermula Oktober depan.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar berkata pembukaan semula UMT dibuat selaras pengumuman Menteri Pengajian Tinggi.

Pihaknya akan memastikan segala infrastruktur sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan mengikut segala garis panduan ditetapkan.

SOP berbentuk video digital juga telah diberikan kepada pelajar sebelum mereka mendaftar.

Pembelajaran di UMT akan menggunakan dua kaedah iaitu secara dalam talian dan secara bersemuka.

UMT adalah antara Universiti Awam yang paling awal dapat menyelesaikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian dengan 92 peratus penyertaan.