Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

COVID-19: Iktiraf peranan media sebagai barisan hadapan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Kementerian Kesihatan (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19.

Peranan media menyampaikan maklumat amat penting kepada masyarakat khususnya dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kesanggupan media mendepani pandemik ini patut dipuji.

Ini terbukti segala maklumat berkaitan wabak disampaikan dengan cepat dan tepat dapat membantu kementerian kesihatan semasa tempoh PKP,PKPB,PKPD dan PKPP.

Beliau juga memuji peranan media tidak mengenal erti penat untuk menyampaikan maklumat agar rakyat sentiasa mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian pandemik ini .

Ini terbukti apabila WHO serta negara luar mengiktirafkan peranan Malaysia tangani wabak COVID-19.

Beliau berkata demikian pada sesi majlis ramah mesra KKM yang dihadiri 150 petugas media di ibu negara.