Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

RM8.05 juta kompaun dikeluarkan kepada majikan industri pembinaan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 9 Julai - RM8.05 juta kompaun telah dikeluarkan terhadap majikan industri pembinaan seluruh negara.

Ia membabitkan 1,481 kesalahan pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, sepanjang tahun lalu.

Kompaun oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) itu berdasarkan lebih 300,000 pemeriksaan yang dijalankan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim memberitahu, tindakan tersebut selari usaha berterusan kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja terbela.

Malah JKKP telah membangunkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Industri Pembinaan (Pengurusan) 2017 bagi memastikan majikan mengikut syarat yang ditetapkan.

Beliau menyatakan perkara itu selepas merasmikan sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan di ibu negara.

Sepanjang tahun lalu sahaja 421 kes membabitkan pengabaian keselamatan dan kebajikan oleh majikan telah dilakukan pendakwaan di mahkamah.